Above The Mountain is taking place on 24 and 31 December 2025 at The Grand Ballroom (Level 50), 1001...
Persembahan Standup Komedi dalam bahasa Melayu yang pertama diadakan di Crackhousecomedyclub Kuala Lumpur untuk tahun 2018.. “MALAYSIA BOLEH INDONESIA BISA” merupakan gabungan persembahan standup komedi antara malaysia dan indonesia di mana wakil utama untuk malaysia adalah Rayza Mukmin dan beliau telah membuktikan mampu layak ke separuh akhir rancangan Maharajalawak mega 2016 serta mengangkat “stand-up comedy” sebagai salah satu cabang hiburan komedi di Malaysia.. Manakala bagi wakil Indonesia kita bawakan Dzawin Nur yang merupakan pemenang tempat ketiga maharaja lawak mega 2017 dan berjaya membuktikan hanya dengan bercerita tentang kehidupan beliau sebagai seorang pelajar sekolah pondok dari Indonesia tapi telah mencuit hati dan mencuri hati peminat hiburan komedi di malaysia.
Dalam persembahan kali ini juga menampilkan Isey Fazlisham seorang penyampai radio di Hotfm tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau sebenarnya pernah membuat standup komedi bahasa melayu bersama Rayza Mukmin sebelum beralih fokus kepada rancangan tv dan radio dan kita juga bawakan Achmad Rusli atau lebih kenali sebagai Mad Sabah yang merupakan naib juara lawak solo 2016. Akan ada juga persembahan istimewa daripada Prakash Daniel dan Brian Tan yang merupakan standup comedia bahasa ingeris tapi khas malam ini mereka akan membuat persembahan dalam bahasa ibunda kita.
Persembahan kali ini juga kita akan membawakan Pengacara majlis yang merupakan seorang pensyarah uitm dan seorang ayah botak alhakeem..
Mari rebut peluang untuk menikmati persembahan komedi yang akan memecahkan stigma komedi slapstik melayu yang selama ini tidak bersifat konfrontasional dan nikmati terapi ketawa berentak pantas yang akan membuatkan anda terbahak bahak tidak senang duduk.
semua persembahan akan diadakan dalam bahasa melayu bahasa ibunda kita.
Malaysia Boleh, Indonesia Bisa.
IMPORTANT NOTICE:
1. Doors and Bar opens at 8.00pm, SHOWTIME 9PM
2. Seat allocations at venue discretion.
3. By 8.45pm we are required to release all no-show bookings and reserved seats
4. We do not accept requests for ticket refunds
5. For student purchases, bring your Student ID with you and flash your card upon registration at the door. No card, no entry.
6. Intended for mature audience only
Call +60172603654 or email laugh@crackhousecomedy.asia for more info



















